RASULULLAH SEBAGAI TELADAN
(koleksi tazkirah Cikgu Nora untuk para pelajar sekolah 2012)
Kejayaan manusia di dunia ini pada
hakikatnya adalah sejauh mana seseorang itu berjaya mengikuti, mengamalkan & berpegang teguh terhadap
sunnah Nabi Muhammad s.a.w . Allah telah
mengutuskan seseorang di kalangan manusia untuk kita teladani akhlaknya serta mencontohi cara kehidupan baginda.
Firman Allah swt dalam surah
alAhzaab ayat 21:
|
لَقَدْ
كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
|
|
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun
hasanah (suri teladan yang baik) bagimu
|
Sabda Nabi Muhammad saw:
كِتَابَ
اللهِ وَسُنَّتِى
|
|
|
Ku
tinggalkan kepadamu (umat Islam) dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang
kepadanya
|
|
|
nescaya
kamu tidak akan sesat ,iaitu Kitab Allah (Al Quran) dan Sunnahku
|
Anak-anak yang saya kasihi,
Saban tahun di seluruh dunia, sambutan Maulidur Rasul memperingati
hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w diadakan termasuk di negara kita. Dendangan
selawat dan puji-pujian ke atas Baginda menghiasi halwa telinga dan
cerita-cerita yang dipaparkan di media banyak mendatangkan keinsafan terhadap
peranan kita sebagai umat Baginda.
Namun bagi umat Islam, keutamaan kita lebih dari sekadar untuk
berarak dan berkumpul bagi merayakannya. Adalah amat penting untuk umat Islam
terutamanya remaja menghayati keunggulan keperibadian Rasulullah dan menghayati
sejarah perjuangan Baginda. Bagi remaja Islam, kekuatan keperibadian Baginda
dapat dijadikan teladan yang baik (Qudwah Hasanah) untuk dicontohi.
Remaja dan contoh
keperibadian Rasulullah
Remaja sentiasa mencari-cari seseorang untuk dijadikan contoh.
Dalam hal ini, nyata remaja hari ini lebih mengagumi tokoh-tokoh popular, yang
menonjol barangkali kerana rupa paras, ilmu atau kelebihan yang dimiliki dan
remaja lebih suka menjadikan mereka idola atau pujaan hati mereka.
Dalam Islam, menjadikan seseorang sebagai contoh tidak boleh
sehingga terlalu memuja orang tersebut. Contoh yang terbaik untuk diikuti ialah
Rasulullah. Baginda selama 13 tahun berusaha berdakwah kepada umat Islam di
Mekah untuk meninggalkan berhala yang menjadi idola dan sembahan mereka dan
mengajak mentauhidkan Allah yang Esa.
Watak Rasulullah dibentuk oleh Allah melalui al-Quran. Sahabat pernah bertanya kepada isteri baginda,
Saiditina Aishah tentang akhlak Rasulullah dan
Aishah menjawab :
Maksud: Akhlaknya adalah al Quran.
Sifat-sifat Nabi terserlah daripada peribadinya yang mulia,
kebijaksanaan Baginda dalam memimpin negara, berlemah-lembut dan berhikmah
dalam berdakwah serta berwasatiah (bersederhana) dalam soal kehidupan harian.
Malah Rasulullah sentiasa mempamerkan budi pekerti yang baik dan terpuji kepada
umatnya.
Sejarah hidup Rasulullah melalui pelbagai jalan getir dan hidup
yatim piatu sejak kecil lagi apabila bapanya meninggal dunia ketika Nabi di
dalam kandungan ibunya. Tidak dapat merasai kasih sayang seorang bapa, ibunda
yang dikasihi pula meninggal dunia ketika usia Nabi masih muda. Keperitan
Baginda membesar tanpa ayah dan ibu menjadikan Baginda seorang yang berdikari,
matang di bawah jagaan datuk dan bapa saudaranya, berbantukan perlindungan daripada Allah s.w.t.
Allah telah memberi tarbiyah kepada Baginda menjadi seorang yang
jujur, amanah dengan menghadiahkan Nabi pengalaman hidup yang mendidik Baginda
seorang yang terpuji. Terpuji kerana sifatnya yang tidak pernah menyembah
berhala, sentiasa melihat dan merenung terhadap persekitaran dan kekayaan alam
sekelilingnya. Atas sifat terbilangnya dan kepimpinan diri, Rasulullah diberi
penghormatan menyelesaikan pertikaian dan perbalahan kerana perebutan kuasa
dalam kalangan ketua kabilah untuk menempatkan Hajarul Aswad.
Baginda juga terkenal sebagai penggembala kambing dan peniaga yang
memiliki sifat amanah, cekap, jujur, sabar dan ikhlas sehingga membawa
keuntungan yang berganda untuk rombongan perniagaan Khadijah.Banyak teladan dan
contoh ikutan ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad buat pedoman remaja dan
belia. Sesungguhnya kehidupan seorang pemuda dan pemudi Islam tidak dapat lari
daripada menjadikan Rasulullah sebagai model ikutan sepanjang zaman.
Justeru, remaja harus dididik agar memahami dengan sepenuh hati
kaitan penghayatan sirah dengan kelangsungan hidup mereka terutamanya sebagai
remaja serta kepentingan mereka menghargai sirah demi menjayakan misi hidup.
Dengan keyakinan yang jelas terhadap kepentingan penghayatan sirah ini, ia
mampu menumbuhkan kecintaan dan usaha dari dalam diri mereka sendiri untuk
terus mencari dan menghayati sirah agung sepanjang hayat mereka.
Cara dan gaya mendidik remaja menghayati sirah harus bersesuaian
dengan jiwa remaja iaitu ke arah mematangkan remaja dan melatih mereka berfikir
sebagai manusia yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah Rasulullah
tinggalkan kepada setiap umat Islam.
Selain itu, Rasulullah harus ditonjolkan sebagai tokoh di zaman
remaja Baginda. Ketokohan Baginda sebagai tokoh perniagaan sejak remaja lagi
menyerlahkan Baginda sebagai ahli perniagaan remaja yang pintar membina
strategi perniagaan berlandaskan nilai murni dan kejujuran.
Beliau ialah tokoh remaja yang kata-katanya dipercayai setiap
lapisan masyarakat, tidak kira tua atau muda. Di sini, Rasulullah telah
menetapkan asas kukuh bagi peribadi anak muda yang ingin bergerak aktif dan
berjaya dalam bidang perniagaan iaitu bersifat amanah dan bertanggungjawab
selain daripada mengetahui kemahiran dan strategi dalam perniagaan, walaupun
masih baru dalam bidang tersebut.
Selain diri Rasulullah sendiri, sirah Baginda juga menampilkan
ramai tokoh remaja lain yang gemilang hasil didikan Rasulullah seperti Ali bin
Abi Talib, Usamah bin Zaid ,Tariq bin Ziyad, Abdullah bin Abu Bakr, Abdullah
bin Zubair, Fatimah binti Muhammad, Aisyah binti Abu Bakr, Asma binti Abu
Bakar, dan ramai lagi tokoh remaja yang menonjol kewibawaannya dalam
masyarakat. Rasulullah telah berjaya mendidik mereka mewarisi peribadi unggul
dan keberanian dalam menegakkan agama Islam.
Sebagai remaja Islam, perjalanan sirah akan lebih dihargai jika
pengajarannya dihayati. Remaja akan berasa lebih karib dengan sirah apabila
mereka ditunjukkan dengan pesanan-pesanan penting yang tersirat di sebalik
fakta-fakta sirah. Di sini perlu wujudnya kesan kepada jiwa dan bukan
semata-mata hafalan tarikh atau nama.
Remaja yang dapat menjadikan sirah sebagai penyegar jiwanya mampu
membentuk jiwa dan rohnya supaya lebih tenang, bersemangat dan kental
menghadapi cabaran mendatang.
Kesimpulan
Menampilkan contoh teladan yang baik adalah amat perlu untuk diri
remaja. Contoh yang ditampilkan adalah mereka yang berakhlak mulia, mempunyai
keterampilan dan berwawasan jauh, berilmu dan bijaksana serta mampu mengajak
orang lain menjadi sepertinya.
Oleh itu, Rasulullah adalah contoh ikutan terbaik bagi seluruh
umat manusia. Hari ini ramai tokoh yang lahir tampil mengagumkan kita, namun
personaliti Rasulullah dan kebijaksanaan Baginda telah membawa perubahan kepada
dunia seluruhnya sejak lebih 1,400 tahun lalu.
Baginda telah menampilkan transformasi yang besar kepada aspek
sosial masyarakat, aspek pemerintahan dan aspek keteladanan yang boleh
dicontohi pengikut.
Sesungguhnya,
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w membawa rahmat seluruh alam.
No comments:
Post a Comment