Para pelajarku, cikgu masih belum sempat untuk menulis tentang beberapa perkara yang cikgu nyatakan kepada anda semua. InsyaAllah cikgu akan cari masa untuk menulis tentang harapan cikgu kepada anda semua. Tunggu ya.
Setakat ini bacalah nukilan saya yang saya juga telah tuliskan di blog umum saya. Semoga dapat dimanfaatkan.
Setakat ini bacalah nukilan saya yang saya juga telah tuliskan di blog umum saya. Semoga dapat dimanfaatkan.
TERTIB BERDOA UNTUK MENDAPAT DOA YANG MAQBUL
Pertama:
Setiap
orang yang dalam kesusahan dan kegelisahan perlulah sentiasa berdoa
memohon pertolongan dengan bersungguh-sungguh kepada Allah swt.
Latihlah diri untuk bangun solat malam kerana di saat oranglain nyenyak
tidur, Allah amat menyukai orang-orang yang meninggalkan tempat tidur
semata-mata untuk berdampingan denganNya.
Kedua:
Ucapkan dan berzikirlah sebanyak mungkin doa Nabi Yunus a.s dalam perut ikan iaitu
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ
الظَّالِمينَ
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci
Engkau, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”[1]
Munajatlah
dengan bersungguh-sungguh dengan linangan airmata memohon hanya kepada
Allah s.w.t. Kita insan yang lemah, sebagai hamba Allah tiada daya dan
upaya untuk melakukan atau mendapat sesuatu melainkan dengan izin Allah
jua.
Ketiga:
Jangan
putus asa, teruskan berdoa dengan yakin bahawa Allah Maha Mendengar dan
akan mengurniakan yang terbaik untuk hambaNya yang meminta.
SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIMAQBULKAN:
Pertama:
Ada
perkara yang haram yang masih kita makan, ambil atau amalkan seperti
riba, rasuah, tahyul, khurafat dan sebagainya yang bertentangan dengan
ajaran Islam. Jadi semaklah setiap apa yang kita lakukan.
Kedua:
Allah
tidak memaqbulkan permintaan kita kerana Dia Maha Mengetahui apa yang
lebih baik bagi kita yang kita sendiri pun tak terfikir mengenainya.
Sesungguhnya Allah sebaik-baik Perancang. Dia sebenarnya menyediakan
sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita minta.
Allah mungkin telah memaqbulkan tetapi kita sendiri tidak sedar pun yang doa kita telah tertunai. Allah mungkin tak beri direct kepada kita tetapi beri kepada anak-anak kita. Allah beri ketenangan dan kebahagiaan dan sebagainya yang kita sendiri tak sedar sebenarnya apa yang kita dapat adalah Allah beri kerana doa-doa kita.
Allah mungkin telah memaqbulkan tetapi kita sendiri tidak sedar pun yang doa kita telah tertunai. Allah mungkin tak beri direct kepada kita tetapi beri kepada anak-anak kita. Allah beri ketenangan dan kebahagiaan dan sebagainya yang kita sendiri tak sedar sebenarnya apa yang kita dapat adalah Allah beri kerana doa-doa kita.
Ketiga:
Allah
menangguhkan untuk memaqbulkan doa kita kerana Dia nak kita terus
berdoa dan mendekatkan diri kita padaNya. Mungkin kita akan berhenti
meminta sekiranya cepat doa kita dimaqbulkan. Manusia hanya akan memohon
bersungguh-sungguh ketika dalam kesusahan atau untuk mencapai hajat
tetapi apabila telah mencapainya, mereka tidak lagi berbuat demikian.
No comments:
Post a Comment